Wednesday 14 May 2014

Puisi Pertama

Aku bermula sebagai anak muda
Yang tidak tahu apa
Yang tidak tahu puisi itu apa

Dan bila aku bermula
Rasa takut itu menjelma
Menari-nari di ruangan minda

Jadi aku kembali 
Jadi tidak tahu apa
Kalau aku cuba bangkit 
Aku takut tidak ada yang mendengar
Puisi pertama yang bakal aku dendangkan
Adakah kau mahu dengar?